Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
Pakaian Tradisional
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA
1. Pakaian Tradisional Melayu
Pakaian Orang Melayu mempunyai banyak jenisnya.
Antaranya ialah baju kurung, baju Kebaya, baju Melayu.
Baju Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.Baju Melayu merupakan pakaian tradisional lelaki Melayu. Baju Melayu digayakan bersama samping dan songkok. Biasanya, baju Melayu dipakai dalam majlis rasmi atau majlis perkahwinan. Orang yang memakai baju Melayu kelihatan segak dan bergaya. Baju Melayu juga dijadikan sebagai pakaian pengantin lelaki Melayu.
|
2. Pakaian Tradisional Orang Cina
Pakaian Tradisional Orang Cina ialah ceongsam dan samfu.
samfu |
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'ceongsam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfu turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfu yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
3. Pakaian Tradisional Orang India
Pakaian Tradisional Orang India ialah doti dan sari.
sari |
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
4. PAKAIAN SIKH/PUNJABI
- Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar
- Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang
- Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi.
- Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
TURBAN/DASTAR
- Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban
- Kain serban dipakai sepanjang 5 meter.
- Serban dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat
- Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama
tidak perlu memakai
serban.
Sunday, 4 November 2012
Permainan Tradisional
Tema: Budaya Malaysia
Alat Permainan Tradisional:
1. Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai,
durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga
menjadi bentuk gasing.
2. Yoyo Cina
Yo-yo Cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo Cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Permain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.
Secara tradisional, yoyo cina diperbuat daripada buluh, tetapi buluh sangat mudah untuk berehat dan tidak bersesuai untuk trik-trik yang terlalu rumit. Biasanya, nilon digunakan sebagai bahan membuat jaring. Bagaimanapun, yoyo Cina sekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan. Tongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium, Lucite, karbon, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yoyo cina mempenyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yoyo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.Sesetengah yo-yo Cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusing dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
Subscribe to:
Posts (Atom)